Sunday, January 17, 2010

ANTARA KASIHAN, SIMPATI DAN TUNTUTAN HIDUP

Apa perasaan anda saat melihat "insan-insan malang" yang duduk bersimpuh di sisi-sisi jalan, kaki lima kedai, di jejantas mahupun berjalan tanpa tujuan di tempat tumpuan umum sambil tangan menadah meminta simpati dari masyarakat.? kadangkala terdetik rasa sedih sayu melihat mereka, hati ingin menghulur membantu tapi diri sendiri juga tercekik dengan kesempitan hidup masing-masing. Masing-masing punya kehendak dan tunututan hidup yang harus mahupun paling tidak ingin dipenuhi. saat kaki ini melintasi mereka teringat pula cerita kurang enak tentang mereka ini: ada berita di dada akhbar menyatakan ada antara mereka ini yang menjadi jutawan hasil dari karier mereka seawal pagi hingga ke dinihari, menadah simpati dan merayu wang masyarakat supaya jatuh simpati pada keadaan mereka yang miskin papa dan kedana menjadi pengemis jalanan. keadaan ini seolahnya menunjukkan bahawa masyarakat kita ini terlalu mudah ditipu, sehingga sanggup menabur wang dan ringgit semata kerana simpati sedangkan ada antara segelintir antara mereka ini para peminta sedekah ini sebenarnya memang sahih dan nyatanya mereka yang amat memerlukan bantuan tetapi akibat perbuatan segelintir manusia pemutar alam ini masyarakat mulai memandang serong pada mereka. sesungguhnya benarkah kita antara kasihan, simpati dan belas ini, kita terlupa pada tuntutan dan realiti hidup ini bahawa jangan mudah percaya pada manusia lain, tetapi pasti nanti lain pula yang kita fikirkan. kelak pasti kita rasa bersalah pula kerana tidak membantu mereka yang benar-benar memerlukan wang ringgit, simpati dan keprihatinan kita ini.

Monday, January 4, 2010

KISAH CINTA MUDA MUDI

zaman sekarang cinta tak seindah cinta zaman dahulu. perkahwinan umpama satu pertaruhan tak pun dipanggil permainan, sekadar satu tiket untuk muda mudi ini pada zaman sekarang untuk memuaskan nafsu. sedangkan tanpa perkahwinan sendiri mereka telah terjebak jauh ke dalam neraka dunia yang sementara hanya sekadar terngiur dengan nafsu, melalaikan iman dan melanggar batas agama, lupa agama lupa segala. institusi perkahwinan tidak lagi dilihat membahagiakan, lebih banyak perpisahan daripada kisah cinta abadi yang didambakan insan. perkahwinan tidak mestinya menjanjikan kebahagiaan. apakah ini akibatnya segala kemanisan percintaan yang didambakan dalam alam perkahwinan sudah habis direnggut oleh 'zaman indah percintaaan'. oleh kerana itu mungkin tiada lgi perasaan teruja untuk bersama kerana semuanya telah dirasai...hampir semuanya.